(Muslim Homestay)

Kami menyediakan Homestay Melaka Murah Bersih.

Keselesaan anda keutamaan kami.

3 unit rumah teres 2 tingkat baru di tengah bandar Melaka.

Cara Nak Booking Homestay Melaka Murah Bersih

Nak Booking Homestay Melaka Murah Bersih??

Whatsapp Atau SMS

"HMMB" ke

013-3390271 atau 019-9101108

Home

Tempat Makan Best Best Di Melaka

Pening Nak cari tempat Makan Best BEST Di Melaka??


Jangan Pening Jangan Risau... HMMB siapkan list tempat makan best best kat Melaka..
Jomm cikidout..


Perhentian Kuih Kampung

Kedai ini juga dikenali sebagai kedai bawah pokok kerana kedudukannya berhampiran sebatang pokok angsana yang besar. Perhentian Kuih Kampung amat terkenal dengan kepelbagaian kuih muihnya. Terdapat pelbagai jenis kuih daripada kuih tradisional sehinggalah kepada kuih- kuih yang moden.

Malah kepelbagaiannya melangkaui sempadan negeri. Tetapi yang lebih penting adalah semua kuih-muih yang dijual di sini begitu sedap. Tidak hairanlah jika anda akan mendapati agak ramai pelancong asing yang menjamu selera di kedai ini.


Perhentian Kuih Kampung (Kedai Bawah Pokok) Ujong Pasir Melaka


Jauh ke jarak dari Homestay Melaka Murah Bersih (HMMB) ke Perhentian Kuih Kampung ni??

Tak jauh..dekattt sangat.. Tengok gambar bawah ni. 7 minit je dah sampai. 2.2 kilometer je. 


Homestay melaka murah bersih



Cendol Jam Besar


Lokasi di hadapan Muzium Belia Malaysia Bandar Hilir, Melaka. Satu lagi tempat penghilang dahaga yang boleh dikunjungi . Cendol Jam Besar yang begitu popular ini terletak di tengah-tengah Bandar Hillir dan di tebing Sungai Melaka. Kita bukan saja boleh menikmati cendol, tetapi juga keindahan Sungai Melaka dan tiupan angin yang mendamaikan di tengah kepanasan Bandaraya Melaka. Boleh jadi tidak tidur malam memikirkan Cendol Jam Besar.

Cendol dengan jagung, kacang merah pulut, aiskrim dan pelbagai lagi pilihan untuk dipilih. Santan yang lemak berkrim,, gula Melaka asti yang wangi, ditambah pula cendol yang  lembut, jagung yang rangup memang mudah sekali menangkap selera anda lebih-lebih lagi  bagi mereka yang kehausan. Cendolnya juga tidak terlalu manis. Antara cendol yang kerap menjadi pilihan adalah cendol durian.

 Cendol Jam Besar Melaka

Jarak dari HMMB?

Pun dekat juga.. semua tempat-tempat yang best kat Melaka ni, dekat je dengan Homestay Melaka Murah Bersih.

Cendol Jam Besar dengan Homestay Melaka Murah Bersih





No comments:

Post a Comment